mutakhir

Mayat hampir reput dalam rumah

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Mayat lelaki ditemukan hampir reput dalam rumahnya di Lebuhraya Thean Teik, Ayer Itam, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.01 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dihantar ke lokasi sejurus menerima panggilan.

"Ketika tiba di lokasi, didapati pintu rumah mangsa terkunci dan terpaksa dipecahkan mengguna peralatan khas.

"Mangsa yang belum dikenal pasti identiti dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya," katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahka kepada polis untuk dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi tindakan lanjut.

Disiarkan pada: January 29, 2021 @ 2:21pm
d