mutakhir

Rokok, minuman keras seludup lebih RM702,000 dirampas

Oleh Erika George

Sibu: Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sibu merampas rokok dan minuman keras seludup bernilai RM702,814 pada serbuan di sebuah rumah di Jalan Trusan dekat sini, petang semalam.

Komandernya, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, hasil risikan serta makluman awam, anggota Unit Risikan Marin (URM) bergerak ke lokasi dinyatakan jam 3.30 petang bagi menjalankan pemeriksaan.

"Anggota URM PPMW5 Sibu memantau kawasan sekitar selama dua jam sebelum menyerbu kediaman dua tingkat itu.

"Pemeriksaan menemui 128 kotak minuman keras dan lebih 900 batang rokok seludup," katanya hari ini.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

Disiarkan pada: January 30, 2021 @ 6:02pm
d