mutakhir

BUDI permudah sesi PdPR [METROTV]

Penularan pandemik Covid-19 menyaksikan perubahan landskap dunia pendidikan negara yang mendorong murid dan pelajar mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

PdPR menjadikan capaian internet dan peranti atau gajet kini sebagai keperluan utama dan ibu bapa yang prihatin kepada keperluan pendidikan anak akan membuat pelaburan membeli gajet terbaik bagi memastikan anak mereka dapat menjalani PdPR sebaik mungkin.

Bagi memenuhi keperluan itu, Buku Digital (BUDI) ialah gajet terbaik dijadikan pilihan terutamanya bagi murid Tahun 6 kerana ia dilengkapi perisian buku teks digital bagi semua subjek.

Lebih meyakinkan, BUDI diberi Pelesenan Hak Cipta Buku Teks oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai langkah proaktif mengubah landskap pendidikan negara dalam era PdPR.

Pengarah Urusan Syarikat Digital Text Sdn Bhd Mohd Yusof Kasmon berkata, murid dan pelajar kini banyak belajar secara dalam talian berbanding bersemuka di dalam kelas seperti sebelum ini.

"Boleh dikatakan mereka hanya menjalani sesi pembelajaran di dalam kelas sebanyak 40 peratus sepanjang 2020 dan selebihnya melalui PdPR dalam talian di rumah sesuai dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa sejak Mac 2020.

"Prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di sekolah membuktikan kecaknaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memastikan keselamatan murid dan pelajar di sekolah daripada ancaman penularan Covid-19.

"Seiring dengan norma baharu ditetapkan di dalam sistem pendidikan negara itu mendorong kepada pelancaran BUDI," katanya ketika ditemui di pejabat Syarikat Digital Text Sdn Bhd di sini.

Yusof berkata, menerusi pakej BUDI, isu berkaitan bebanan membawa beg yang berat ke sekolah juga selesai sepenuhnya sesuai dengan pelaksanaan Dasar Murid Membawa Peranti Peribadi ke sekolah selaras dengan Anjakan 7.

"Paling penting penggunaan BUDI tidak memerlukan kepada data internet kerana ia boleh dilayari secara luar talian seterusnya digunakan di mana sahaja.

"BUDI menggunakan lapangan peranti berjenama, sekali gus memberi kemudahan dan kepuasan kepada pengguna tanpa perlu berasa bimbang risiko kerosakan dan masalah kualiti tablet.

"Tablet BUDI disediakan dengan pelindung skrin berkualiti selain skim perlindungan insuran untuk kes kehilangan, kecurian atau skrin tablet pecah mengikut persetujuan pengguna," katanya.

Menurutnya, BUDI dilengkapi sistem kata laluan berganda iaitu kata laluan ibu bapa untuk kegunaan umum serta kata laluan untuk murid dan pelajar.

"Dengan adanya sistem kata laluan berganda itu membantu ibu bapa memantau anak daripada menggunakan BUDI untuk tujuan lain.

"Murid dan pelajar akan menggunakan BUDI secara berhemah, berakhlak dan bermoral," katanya.

Menurutnya, BUDI menggunakan peranti berjenama Samsung Galaxy Tab A bersaiz 8 inci juga menawarkan kemudahan aplikasi 30 juzuk al-Quran.

"BUDI dilengkapi sistem enkripsi bagi memastikan integriti hak cipta terpelihara.

"Produk itu dijual pada harga berpatutan iaitu RM999," katanya.

Untuk sebarang pembelian dan pembayaran tablet BUDI boleh dibuat melalui laman web rasminya, www.budi.com.my Sesiapa yang berminat menjadi ejen jualan BUDI di seluruh negara boleh menghubungi talian 010-8910121.

Disiarkan pada: February 5, 2021 @ 8:28am
d