mutakhir

Kes gangguan seksual: Keterangan wanita, anggota polis sudah diambil

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Polis sudah merekodkan keterangan seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota polis ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Duta, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, keterangan wanita berusia 23 tahun itu diambil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, semalam.

"Siasatan terperinci berhubung kejadian itu sedang dijalankan untuk tindakan lanjut. Pada masa sama, kami juga mengambil keterangan beberapa anggota yang bertugas di SJR berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang kakitangan swasta mendakwa seorang anggota polis melakukan gangguan seksual terhadapnya di lokasi terbabit selepas dikatakan lupa memakai coli ketika dalam perjalanan dari Wangsa Maju, di sini, ke Shah Alam.

Berita berkaitan

Polis siasat anggota soal wanita tak pakai bra di SJR

Akui silap, tapi bukan alasan buat gangguan seksual

Disiarkan pada: February 14, 2021 @ 3:53pm
d