mutakhir

Maqis rampas kayu oak putih

Oleh Nur Izzati Mohamad

Butterworth: Cubaan pengimport membawa masuk 5,411 unit kayu dari Denmark ke negara ini gagal apabila kesemua barangan itu dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang semalam.

Rampasan itu dibuat susulan pemeriksaan lanjut terhadap dua kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini, jam 2 petang.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, hasil pemeriksaan ke atas dua kontena itu mendapati terdapat muatan mengandungi kayu jenis white oak kira-kira 61 tan yang dibawa masuk tanpa mematuhi syarat import yang sah.

"Berikutan, kesemua kayu dari Denmark yang dianggarkan bernilai RM251,845.23 dirampas bagi siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

Disiarkan pada: February 27, 2021 @ 12:32pm
d