WM

Koleksi aksesori pelengkap wanita

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

CERIAKAN musim bunga kali ini dengan koleksi aksesori hiasan terbaharu daripada Pandora.

Himpunan daripada koleksi Pandora Garden itu menampilkan aksesori pelengkap gaya wanita menarik seperti charm, gelang dan cincin.

Untuk musim bunga kali ini, Pandora membawa penampilan baharu dalam pesona bunga daisi ungu yang melengkapkan lagi gaya koleksi daisi merah jambu.

Lebih mengujakan, penggemar setia juga boleh mendapatkan pelbagai rekaan charm unik dan cincin halus menarik.

Antaranya, rekaan charm imej pepatung yang bercahaya dalam gelap juga tidak kurang menariknya untuk dimiliki.

Charm unik itu turut diselitkan dengan ukiran kata-kata penuh makna 'Anda Menerangi Hidup Saya' dan ia sesuai dihadiahkan kepada yang tersayang.

Dalam pada itu, sama ada anda menyusun cincin atau mencampurkan ia dengan warna berlainan pada gelang atau rantai leher kegemaran, sememangnya tiada had gaya pada kuasa bunga.

Bagi yang berminat, koleksi menarik itu sudah pun berada di semua butik jenama berkenaan di seluruh negara.

Selain koleksi itu, rekaan menarik himpunan Disney x Pandora: Alice in Wonderland juga adalah pelengkap gaya yang sempurna untuk dimiliki.

Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan aksesori menarik berkenaan untuk mengabadikan keajaiban, misteri dan harapan sepanjang musim bunga ini.

Disiarkan pada: March 4, 2021 @ 6:40am
d