mutakhir

Permohonan matrikulasi, PISMP, PPC dibuka 15 Mac

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Permohonan mengikuti Program Matrikulasi, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) ke luar negara bagi pengambilan 2021, dibuka mulai 15 Mac ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, permohonan dibuka sehingga 15 April depan.

Katanya, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 boleh mengemukakan permohonan terus kepada kementerian itu tanpa melalui UPUOnline.

"Pelajar yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui iklan yang akan disiarkan di laman sesawang rasmi KPM, www.moe.gov.my pada 8 Mac ini.

"Justeru, KPM mempelawa semua pelajar lepasan SPM 2020 yang memenuhi syarat untuk memohon Program Matrikulasi, PISMP dan PPC," kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Disiarkan pada: March 5, 2021 @ 3:37pm
d