mutakhir

PM tiba di UAE [METROTV]

Oleh Johari Ibrahim

Abu Dhabi: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selamat tiba di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 11.50 malam tadi waktu tempatan (3.30 pagi Malaysia) bagi memulakan lawatan rasmi.

Ketibaan beliau di Terminal Presiden Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi disambut oleh Menteri Kabinet, Sheikh Shakhbout; Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Duta Malaysia ke UAE, Mohd Tarid Sufian.

Perdana Menteri dijadual bertemu dengan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Perdana Menteri UAE yang juga Pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Disiarkan pada: March 10, 2021 @ 10:24am
d