mutakhir

Si kecil jatuh ke sungai ketika ibu terlena

Tawau: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari dapur rumah mereka ketika ibu mangsa terlelap seketika dalam kejadian di Sungai Taman Rainbow dekat sini, jam 5 petang, kelmarin.

Mangsa, Md Famirul Aiman Rahman disedari hilang selepas ibunya yang berusia lingkungan 30-an terjaga dan gagal menemuinya di dalam rumah.

Wanita terbabit kemudian memaklumkan perkara itu kepada suaminya sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cawangan Tawau dihubungi bagi mendapatkan bantuan.

Menurut rakan bapa Md Famirul Aiman yang enggan dikenali, ketika kejadian, bapa mangsa keluar bekerja.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 5, 2015 @ 8:56am
d