utama

1,327 kes baharu Covid-19

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

Kuala Lumpur: Sebanyak 1,327 kes baharu positif Covid-19 direkodkan dalam negara, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 333,040 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi iaitu dengan 356 kes.

Menurutnya, ia diikuti Sarawak dengan 276 kes dan Pulau Pinang dengan 205 kes.

Katanya, sebanyak 1,316 kes yang dilaporkan membabitkan 861 warganegara dan 455 bukan warganegara manakala 11 lagi adalah kes import terdiri empat warganegara serta tujuh bukan warganegara.

"Jumlah kes sembuh pula mencatatkan 1,247 dengan jumlah kumulatif sebanyak 317,289.

"Terdapat 154 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 65 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, empat kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian setakat ini 1,233.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: March 21, 2021 @ 6:19pm
    d