mutakhir

Polis Pulau Pinang rampas dadah RM32.9 juta dalam 2 bulan [METROTV]

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Sepanjang tempoh dua bulan tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM32.9 juta.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata, ia hasil operasi berskala besar yang dijalankan bagi membanteras kegiatan penyeludupan dan pengedaran dadah di Pulau Pinang.

"Jumlah rampasan tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu iaitu RM43.7 juta.

"Pada masa sama, sepanjang dua bulan ini juga, 1,271 individu ditahan. Bagi 2020, kami menahan 8,633 individu dan membuka 6,574 kertas siasatan," katanya pada sidang media semalam.

Sahabudin ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Polis ke-214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

"Selain itu, 2,456 kertas siasatan membabitkan jenayah komersial dibuka tahun lalu membabitkan kerugian RM181.6 juta," katanya.

Disiarkan pada: March 25, 2021 @ 2:56pm
d