mutakhir

PAU 2020 sedia buka tirai esok

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Persiapan Persidangan Agung Umno 2020 (PAU 2020) yang membuka tirai esok sudah siap sepenuhnya.

Setiausaha Kerja Umno Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersedia meraikan kehadiran perwakilan Umno dari seluruh negara.

"Alhamdulillah, semua persiapan PAU 2020 esok siap sepenuhnya hari ini.

"Setiap negeri juga ada melantik sekretariat masing-masing bagi memudahkan urusan pengagihan beg dan kelengkapan persidangan kepada perwakilan," katanya kepada Harian Metro.

Sumali berkata, perwakilan juga dinasihati supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang persidangan berlangsung.

Tinjauan juga mendapati semua pintu masuk dilengkapi sistem pengimbas suhu dan cecair pembasmi kuman.

Perhimpunan ini yang dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Januari lalu ditangguhkan selaras dengan proklamasi darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan.

Selain di PWTC, PAU 2020 juga akan disiarkan secara maya di 191 bahagian Umno seluruh negara.

Disiarkan pada: March 26, 2021 @ 4:41pm
d