Bola Sepak

Kami bernasib baik - Kimmich

Oleh AFP

Bucharest: Gol pada separuh masa pertama oleh Serge Gnabry sudah cukup untuk Jerman mencatat kemenangan 1-0 di tempat lawan ketika berdepan Romania dalam saingan kelayakan Piala Dunia tatkala skuad berkenan mengadakan protes untuk menyokong hak kemanusiaan.

Pemain sayap Bayern, Gnabry sekarang menjaringkan 15 gol dalam 19 penampilan untuk skuad kebangsaan.

Jerman ternyata menguasai perlawanan dengan melakukan 18 percubaan tepat sekali ganda melebihi Romania.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah menamatkan perlawanan dengan beberapa percubaan bahaya pada hujung saingan.

"Kami sebenarnya boleh melakukan dengan lebih mudah. Kami bernasib baik pada minit ke-90 mereka tidak menyamakan kedudukan.

"Kami sepatutnya perlu membuat keputusan lebih awal dan membolehkan untuk beraksi dengan tenang," kata pemain tengah Jerman, Joshua Kimmich.

Kemenangan itu membolehkan Jerman berada di tangga teratas Kumpulan J dengan hanya kelebihan satu gol mengatasi Armenia yang juga berjaya mencatatkan dua aksi awal.

"Jika tidak ada perkara yang perlu dikritik saya rasa ialah cara kami menggunakan peluang," kata jurulatih, Joachim Loew yang akan meletak jawatan selepas Euro 2020.

Loew meletakkan sasaran untuk mencatat kemenangan berturut-turut dalam tiga aksi pembukaan kelayakan Piala Dunia 2022.

Disiarkan pada: March 29, 2021 @ 12:45pm
d