itmetro

Among Us dahului judul permainan paling popular suku pertama 2021

Oleh Muhammad Saufi Hassan

PERMAINAN atas talian berkonsepkan sosial, Among Us mendahului senarai judul permainan paling popular untuk suku pertama tahun ini.

Carta berkenaan yang diterbitkan oleh penilai permainan, Newzoo memperlihatkan peningkatan populariti untuk judul Among Us yang sebelum ini menduduki tempat ketiga.

Selain Among Us, permainan berkonsep 'Battle Royale' yang diasaskan oleh persekitaran judul TitanFall 2 iaitu Apex Legends menduduki tempat kedua.

Apex Legends merekodkan jumlah pemain lebih 80 juta akaun manakala jumlah pemain aktif untuk satu-satu masa lebih 120,000 untuk setiap sesi Battle Royale.

Selain itu, dua siri Call of Duty iaitu Black Ops Cold War dan Modern Warfare masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat.

Permainan epik, Counter Strike: Global Offensive pula menduduki tangga kelima dan masih kekal sebagai salah satu judul permainan paling popular dan paling lama pernah berada untuk platform desktop.

Disiarkan pada: March 31, 2021 @ 4:26pm
d