Bola Sepak

Inter semakin hampir juara

Oleh AFP

Milan: Matteo Darmian menjaringkan gol tunggal untuk membawa Inter Milan di ambang juara Serie A selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Hellas Verona tatkala jurulatih Antonio Conte menyifatkan kemenangan berkenaan seperti meraih sembilan mata.

Achraf Hakimi melakukan hantaran kepada Darmian yang menyempurnakan gol kemenangan pada minit ke-76 di San Siro.

Inter sekarang ini 11 mata mengatasi Atalanta, yang melonjak ke tangga kedua selepas membelasah Bologna 5-0.

AC Milan pula dua mata di belakang mereka dan akan berkunjung ke Lazio awal pagi esok.

"Kemenangan hari ini bukan bernilai tiga mata, mahupun enam, ia adalah sembilan.

"Kami sekarang ini sudah 95 peratus untuk meraih Scudetto. Kami masih belum mengesahkan kejuaraan tapi ia semakin hampir," kata Conte.

Juventus mengumpul sama mata dengan AC Milan tapi tergelincir ke tangga keempat selepas mencatat keputusan seri 1-1 dengan Fiorentina.

Ketika berbaki lima perlawanan, naib juara musim lalu mampu meraih kejuaraan Serie A kali pertama sejak 2010 paling awal hujung minggu ini.

Disiarkan pada: April 26, 2021 @ 9:05am
d