utama

Covid-19: 3,744 kes positif baharu, 17 kematian hari ini

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 3,744 kes jangkitan baharu hari ini, menjadikan jumlah kumulatif keseluruhannya menjadi 424,376 kes.

Ia meningkat berbanding hanya 3,120 kes positif yang dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu tujuh kes adalah kes import, manakala selebihnya membabitkan penularan tempatan.

"Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu merekodkan 1,548 kes baharu diikuti Kelantan (480) dan Sarawak (419).

"Sebanyak 328 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 185 daripadanya menerima bantuan pernafasan.

"Sebanyak 17 kematian turut dicatatkan pada hari ini," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 5, 2021 @ 6:05pm
    d