utama

Pesaing JDT ala yo-yo

Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) dijangka terus kekal di persada Liga Super sehingga akhir musim ini untuk menjulang kejuaraan buat kali kelapan berturut-turut musim ini.

Meskipun jurang mata tiga pasukan iaitu Terengganu FC (TFC), Kedah Darul Aman FC (KDA FC), dan Penang FC hanya dibezakan tiga hingga lima mata, prestasi tidak konsisten atau ala yo-yo pencabar terdekat itu bakal memberi kelebihan buat JDT untuk berada di singgahsana liga.

Bekas pengendali kebangsaan, B Sathianathan berkata, belum ada lagi mana-mana pasukan mampu untuk merampas trofi Liga Super daripada tangan skuad Harimau Selatan musim ini.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) itu mengakui terdapat peningkatan kualiti diperagakan pasukan KDA FC dan Terengganu FC dalam kempen kali ini dan terbukti apabila dua pasukan itu berjaya memberi saingan ke atas JDT termasuk menewaskan juara bertahan itu.

"Saya fikir JDT akan terus menang musim ini kerana tiada lagi pasukan yang boleh cabar mereka. Walaupun JDT tewas kepada Terengganu 1-0, tetapi isunya konsistensi," katanya.

Sathia berkata, satu-satunya pasukan yang sudah menemui rentak konsisten Sabah FC.

Disiarkan pada: May 8, 2021 @ 6:31am
d