Eropah

Varian Covid-19 dikesan di 53 wilayah India

Oleh AFP

Geneva: Varian Covid-19 India secara rasmi sudah dikesan di 53 wilayah, lapor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu.

Sebagai tambahan, WHO turut menerima maklumat tidak rasmi bahawa varian B.1.617 itu dikesan di tujuh lagi wilayah, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 60.

Laporan itu menyatakan varian berkenaan menunjukkan kadar jangkitan yang tinggi.

Di peringkat global, kes baharu dan kematian terus menurun, dengan kira-kira 4.1 juta kes baharu dan 84,000 kematian dilaporkan pada minggu lalu, masing-masing 14 peratus dan dua peratus penurunan, berbanding minggu sebelumnya.

WHO untuk rantau Eropah melaporkan penurunan paling tinggi untuk kes baharu dan kematian dalam tempoh tujuh hari lalu, diikuti Asia.

Untuk rantau Amerika, timur Mediterranean dan Pasifik Barat, kes dilaporkan adalah sama seperti minggu sebelumnya.

Bagi kes baharu sepanjang tujuh hari lalu, angka kes dilaporkan di India (1,846,055 – menurun 23 peratus); Brazil (451,424 – meningkat tiga peratus); Argentina (213,046 – meningkat 41 peratus), Amerika Syarikat (188,410 – menurun 20 peratus), dan Colombia (107,590 – turun tujuh peratus).

Dalam laporan berasingan, AFP melaporkan kes baharu di India sudah melepasi 27 juta pada Rabu.

Menurut kementerian kesihatan negara itu, sebanyak 208,921 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam sebelumnya menjadikan jumlah kumulatif kes baharu kepada 27,157,795.

India sudah melaksanakan program vaksinasi Covid-19 mulai 16 Januari lalu dan setakat ini, 200,662,456 dos vaksin sudah diberikan kepada penduduknya.

Ketika ini, program vaksinasi di negara itu sudah memasuki fasa ketiga yang membabitkan individu berusia 18 tahun dan ke bawah.

Disiarkan pada: May 27, 2021 @ 6:31am
d