Eropah

Pasukan hakim lawat bangkai MH17

Oleh AFP

The Hague: Suasana penuh emosi apabila pasukan hakim Belanda mengunjungi lokasi bangkai pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh pada 2014, disimpan pada masa ini.

Perbicaraan itu membabitkan empat suspek yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat membawa 298 penumpang itu.

Rangka bahagian depan pesawat itu dibina semula dengan kerangka wayar di pangkalan tentera udara Gilze-Rijen di Belanda.

Perbicaraan tiga rakyat Russia dan seorang rakyat Ukraine berhubung pesawat Boeing 777 yang ditembak jatuh itu bermula pada Mac tahun lalu mengikut undang-undang.

Bagaimanapun, perbicaraan itu berlangsung tanpa kehadiran keempat-empat suspek.

"Kami sedar lawatan ke lokasi pembinaan semula MH17 yang juga sebahagian proses jenayah rasmi akan meninggalkan kesan emosi yang mendalam khususnya kepada waris dan keluarga mangsa.

"Ia adalah pesawat yang dibina semula yang semua mereka dalam penerbangan ke suatu destinasi, namun ia tidak pernah sampai susulan terhempas akibat ditembak dan semua di dalamnya meninggal dunia," kata Ketua Hakim, Hendrik Steenhuis.

Katanya, hakim turut memeriksa luar bangkai pesawat yang masih bercat putih, merah dan biru Malaysia Airlines sebelum menaiki tangga untuk melihat kerosakan seterusnya.

Pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine yang dikuasai pemberontak pro-Rusia.

Semua penumpang dan anak kapal disahkan meninggal dunia.

Siasatan antarabangsa menyimpulkan peluru berpandu BUK yang awalnya berasal dari Briged Peluru berpandu Anti-Pesawat ke-53 tentera Rusia yang berpangkalan di bandar Kursk adalah pihak yang bertanggungjawab.

Bangkai pesawat itu dikumpulkan sebelum dibawa kembali dari timur Ukraine yang dilanda perang, dengan kereta api dan pesawat ke pangkalan tentera udara di Belanda.

Disiarkan pada: May 27, 2021 @ 9:55am
d