mutakhir

Sejuta lengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Seramai 1,014,342 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, seramai 1,771,810 individu pula sudah menerima dos pertama sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah 2,786,152 dos.

Sehingga semalam, 48.60 peratus atau 11,788,915 individu sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor terus mencatat jumlah pendaftaran tertinggi iaitu seramai 3,159,392 orang.

Sementara 1,206,076 sudah mendaftar di Sarawak.

"Daftar di MySejahtera, vaksincovid.gov.my atau hubungi 1800888828," katanya menerusi Twitter.

Disiarkan pada: May 29, 2021 @ 5:34pm
d