mutakhir

2.8 juta sudah terima vaksin

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Sebanyak 2,851,548 juta dos vaksin Covid-19 sudah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, 65,396 dos diberikan semalam.

Katanya, jumlah yang terima dos pertama ialah 1,822,340 orang manakala 1,029,208 orang terima dos kedua.

"Daftar di MySejahtera, vaksincovid.gov.my atau hubungi 1800888828," katanya menerusi Twitter, hari ini.

PICK kini sedang giat dijalankan di seluruh negara bagi membolehkan Malaysia mencapai imuniti kelompok lebih cepat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: May 30, 2021 @ 5:32pm
    d