Asia

China akan benarkan pasangan miliki 3 anak

Oleh BERNAMA

Beijing: China akan membenarkan pasangan untuk memiliki tiga anak sebagai sebahagian usaha menangani krisis penduduknya yang semakin tua, lapor Sputnik, memetik Agensi Berita Xinhua pada Isnin.

Rancangan baharu itu diperkenalkan dalam mesyuarat Politburo, sebuah badan pembuat keputusan utama Parti Komunis China.

Menurut bancian terkini, 18.7 peratus penduduk di China berusia lebih 60 tahun pada akhir 2020.

China melonggarkan dasar seorang anak pada 2015 dengan membenarkan pasangan mempunyai dua anak.

Disiarkan pada: May 31, 2021 @ 4:51pm
d