mutakhir

Azab 15 minit jari tersepit ketika kisar ayam

Oleh Noor Hidayah Tanzizi

Sitiawan: Pekerja perempuan terpaksa menanggung kesakitan selama 15 minit selepas jari kirinya tersepit dalam mesin pengisar di sebuah kilang ayam di Pelabuhan Lumut, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 10.10 pagi itu, mangsa berusia 19 tahun itu cedera ringan di jari manis kirinya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan menerima panggilan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi.

"Kejadian berlaku ketika remaja itu sedang mengisar isi ayam dan anggota bomba melakukan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas selama 10 minit," katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan untuk rawatan lanjut.

Disiarkan pada: June 5, 2021 @ 3:11pm
d