mutakhir

SC sedang kesan Harani Kamarudin

Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memohon orang ramai mengesan bekas perunding unit amanah, Harani Kamarudin, yang disyaki melakukan beberapa salah laku berkaitan pelaburan unit amanah.

SC dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pendaftaran Harani, 37, dengan Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) juga terbatal pada 27 November 2020.

Katanya, lelaki itu sebelum ini pernah berkhidmat dengan Eastspring Investments Berhad sebagai perunding unit amanah.

"SC sedang mengesan Harani berkaitan pelanggaran undang-undang sekuriti di bawah Seksyen 354 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA), yang dibaca bersama dengan Perenggan 3.3.7 (a) dan 3.1.12 (d) Kod Etika dan Peraturan FIMM Tatalaku Profesional (Dana Unit Amanah)," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Harani diminta melaporkan kepada SC dengan menghubungi talian 03-6204 8000 atau 012 381 2497 atau e-mel kepada aduan@seccom.com.my.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman web SC di www.sc.com.my/regulation/enforcement/have-you-seen-these-people.

Disiarkan pada: June 8, 2021 @ 11:48am
d