Bola Sepak

Aksi Denmark, Belgium dihenti seminit beri penghormatan buat Eriksen

Oleh AFP

Copenhagen: Perlawanan Denmark dan Belgium pada kempen Euro 2020 dihentikan pada minit ke-10 untuk memberi peluang kepada pemain dan penyokong di Parken Stadium memberi penghormatan kepada Christian Eriksen.

Pemain tengah Denmark berusia 29 tahun itu kini dirawat di hospital berhampiran selepas mengalami jantung terhenti dan rebah di padang pada perlawanan Kumpulan B menentang Finland, Sabtu lalu.

Eriksen yang pada mulanya dikatakan 'sudah pergi' diberikan bantuan CPR dan alat defibrilator oleh pasukan perubatan di tepi padang, sebelum dikejarkan ke hospital.

Ketika perlawanan dihentikan, Denmark mendahului Belgium menerusi jaringan Yussuf Poulsen pada minit ke-2.

Disiarkan pada: June 18, 2021 @ 12:30am
d