Bola Sepak

Wales iringi Itali ke pusingan 16 akhir

Oleh AFP

Rom: Wales layak ke pusingan 16 akhir Euro 2020 walaupun tumpas 0-1 kepada Itali dalam perlawanan terakhir Kumpulan A, manakala Switzerland perlu menunggu sama ada mereka boleh melayakkan diri atau tidak selepas mengalahkan Turki 3-1.

Gol Matteo Pessina di Roma bermakna Itali akan berdepan naib juara Kumpulan C untuk aksi seterusnya, manakala Wales berdepan pasukan naib juara Kumpulan B.

Xherdan Shaqiri meledak dua gol di Baku, namun Switzerland mampu layak jika menjadi salah satu daripada empat pasukan terbaik tangga ketiga selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan dengan berkongsi empat mata bersama Wales.

Disiarkan pada: June 21, 2021 @ 2:11am
d