Asia

Gempa bermagnitud 5.7 di timur Maluku

Oleh BERNAMA

Jakarta: Gempa bumi bermagnitud 5.7 menggegarkan timur wilayah Maluku, pada Khamis, kata agensi meteorologi dan geofizik di sini.

Gempa itu berlaku 9.24 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa di 238 kilometer (km) di timur laut Maluku Barat Daya dan kedalaman 344 km di dasar laut, lapor Xinhua.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Disiarkan pada: June 24, 2021 @ 2:42pm
d