Bola Sepak

Keputusan perlawanan Euro 2020

Oleh AFP

Di Saint Petersburg, Sepanyol menewaskan Switzerland 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti untuk layak ke separuh akhir Euro 2020.

Perlawanan sehingga masa tambahan terikat 1-1 selepas Sepanyol mendahului menerusi gol sendiri Denis Zakaria pada minit ke-8.

Kapten Switzerland, Xherdan Shaqiri kemudian menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-68, tetapi mereka beraksi dengan 10 pemain apabila Remo Freuler dibuang padang pada minit ke-77.

Disiarkan pada: July 3, 2021 @ 2:50am
d