Bola Sepak

Di sebalik kritikan, Pickford buktikan kemampuan

Oleh Agensi

Rom: Jordan Pickford menjadi penjaga gol pertama yang mengekalkan rekod lima perlawanan bersih tanpa bolos dalam lima perlawanan di Kejuaraan Eropah selepas England menang 4-0 membenam Ukraine.

Ia adalah kali pertama England menempuh perlawanan yang banyak tanpa bolos sebarang gol dalam tempoh 662 minit.

Lima daripadanya hadir di kejohanan ini dan tiada mana-mana pasukan yang melakukannya di kempen Euro.

Pickford yang berdepan kesukaran pada musim 2020-21 bersama Everton, terutama pada separuh kempen liga sebelum ini, diturunkan dalam kesemua perlawanan Euro kali ini.

Memandangkan prestasinya bersama kelab, persoalan mula timbul adalah Pickford layak menyarung jersi nombor satu England dengan pemain Burnley, Nick Pope, terpaksa melakukan pembedahan dan terkeluar dari senarai Gareth Southgate dan penjaga gol Manchester United, Dean Henderson muncul sebagai pilihan kedua.

Namun Southgate tetap percaya akan kemampuan bekas penjaga gawang Sunderland itu yang menyelamatkan sembilan dari 42 percubaan (termasuk blok) setakat ini di Euro 2020.

Harry Kane menjaringkan dua gol dan tandukan Harry Maguire dan sebelum Jordan Henderson ledakan gol pertamanya buat England pada penampilan ke-62 menandakan kemenangan buat skuad itu di Rom.

England kini akan kembali ke Wembley untuk aksi separuh akhir menentang Denmark yang sebelum itu menewaskan Republik Czech pada penampilan pertama sejak 1966.

Biarpun serangan England mantap, barisan pertahanan Three Lions turut menjadi bahagian penting yang membawa kemenangan ketujuh berturut-turut skuad itu.

Disiarkan pada: July 4, 2021 @ 9:29am
d