mutakhir

324,745 dos vaksin Covid-19 diberi semalam

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Sebanyak 324,745 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara meningkat kepada 11,075,493 dos.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah pemberian dos harian semalam, 213,971 menerima dos pertama manakala 110,774 lagi menerima dos kedua.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 78,081 orang, diikuti Sarawak (62,241), Kuala Lumpur (46,695), Johor (26,050) dan Perak (24,067).

Secara keseluruhan, 7,649,848 adalah penerima dos pertama manakala 3,425,645 adalah dos kedua.

Katanya, orang ramai dinasihatkan mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera, http://vaksincovid.gov.my atau hubungi 1-800-888-828.

Disiarkan pada: July 11, 2021 @ 11:26am
d