Bola Sepak

Eyka, Amelia lain selera [VIDEO]

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur,: Pelakon, Eyka Farhana memilih pasukan Itali menjuarai Euro 2020 mengalahkan England pada aksi final di Stadium Wembley awal pagi esok.

Eyka yang popular dengan drama bersiri Budak Tebing 2 menjangkakan Itali yang dibimbing Roberto Mancini dapat menewaskan England dengan jaringan 3-2.

"Walaupun tanpa Leonardo Spinazzola yang cedera, saya yakin Itali akan muncul juara," katanya.

Sementara itu, walaupun menganggap pasukan Itali dan England memiliki kekuatan seimbang, pelakon, Amelia Henderson memilih England menjuarai Euro 2020 tahun ini.

"Bagi saya, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang cukup hebat," katanya.

Amelia meramalkan England akan menewaskan Itali dengan 2-1.

"England juga memiliki kelebihan kerana bermain di tempat sendiri iaitu di Stadium Wembley, London," katanya.

Disiarkan pada: July 11, 2021 @ 12:00pm
d