mutakhir

Grab tingkat usaha bantu peladang, peniaga durian tempatan

Oleh Nur Amirah Abd Rani

RAMAI peniaga kecil dan peladang durian yang terkesan kerana berlaku lambakan buah durian yang kini sudah tiba musimnya.

Larangan menjamu selera di kedai menyebabkan peniaga ini terpaksa mencari cara lain untuk memenuhi permintaan pelanggan. 

Oleh itu, melalui #TechUntukSemua, Grab mensasarkan peniaga kecil yang terkesan untuk memanfaatkan ekonomi digital dengan GrabDurian. 

Ketua Pemasaran Wilayah Grab Malaysia, Hassan Alsagoff berkata, inisiatif GrabDurian adalah acara tahunan untuk membantu peniaga dan peladang durian. 

"Musim pandemik memberi tekanan kepada industri ini, jadi kami ingin membantu peniaga dengan menjadikan mereka sebahagian daripada penggiat ekonomi digital dan membantu mereka meneruskan bisnes masing-masing," katanya. 

Pemilik DurianMan S22, Cheah Kim Wai berkata, antara kegusaran peniaga adalah prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan ketat tahun ini menyebabkan jumlah pelanggan menurun kerana tidak boleh menikmati durian di kedai.

"Namun, saya rasa bersyukur kerana jualan bertambah baik setelah menyertai Grab sebagai platform penghantaran dalam talian dan kami mendapat respon positif daripada pelanggan yang datang sendiri mengambil pesanan atau yang dihantar menerusi Grab ke kediaman masing-masing. 

Manakala, pemilik Rizky Durian, Romi Hidayat Zainintawa berkata, kini terdapat isu lambakan stok durian yang memerlukan penjual menghantar pesanan terus kepada pelanggan. 

"Selepas menyertai Grab, pelanggan setia saya dapat membuat pesanan dengan penuh selesa secara dalam talian," katanya.

Oleh itu, Grab akan memastikan setiap penggemar durian mendapatkan keperluan mencukupi bagi menghadapi musim durian yang dinanti-nantikan ini. 

Bagi penggemar durian, anda boleh mendapatkan pelbagai promosi  berkaitan dengan durian seperti buah durian segar, juadah pemanis mulut perisa durian, pastri dan seumpamanya dari Grab.

Manakala, bagi bukan peminat durian, anda boleh mendapatkan barangan keperluan penghapus bau durian seperti produk sarung tangan, pembasuh dan pembilas mulut, penyegar udara dan banyak lagi.

Pengguna Grab juga berpeluang menikmati penjimatan sehingga 50 peratus untuk produk daripada peniaga seperti Durian Man, Lubuk Durian, Purple Monkey, Watsons, Guardian dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai promosi di musim durian ini, sila klik SINI.

Disiarkan pada: July 22, 2021 @ 1:09pm
d