mutakhir

Hospital Putrajaya beroperasi, tumpu kes Covid-19

Oleh Samadi Ahmad

Putrajaya: Hospital Putrajaya menafikan dakwaan tular bahawa Jabatan Kecemasan dan Trauma hospital itu tidak beroperasi dan tidak menerima pesakit.

Sebaliknya, hospital itu dalam kenyataan hari ini berkata, jabatan berkenaan beroperasi seperti biasa dengan memberi tumpuan kepada pesakit Covid-19.

Hospital itu juga menyediakan katil dan ruangan rawatan tambahan bagi menampung keperluan pesakit Covid-19 yang kemasukannya agak tinggi, selain kes kritikal lain.

"Bagi mengekang penularan wabak Covid-19 serta mengelak kesesakan di luar kawalan, pengurusan hospital menasihatkan pesakit bukan kecemasan untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran," menurut kenyataan itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 24, 2021 @ 2:58pm
    d