rap

Atta Halilintar hulur bantuan tabung oksigen

Oleh Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: YouTuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar membantu wanita yang memerlukan bantuan oksigen untuk digunakan anaknya akibat jangkitan Covid-19.

Dalam hantarannya di Instagram, Atta berkongsi video wanita yang tiba-tiba muncul di kediamannya dan memohon bantuan.

"Setiap nafas kita daripada Tuhan. Ibu ini kehabisan sumber kewangan untuk anaknya di rumah yang setiap hari memerlukan tabung oksigen.

"Pelajaran buat kita? Krisis oksigen sama dengan pelajaran untuk bersyukur. Nafas sama dengan nikmat yang tak terhitung harganya," tulisnya di Instagram.

Dalam video itu, wanita itu menjelaskan situasi kewangannya dan bagaimana anaknya memerlukan bantuan oksigen.

"Saya tak bohong. Ini anak saya. Saya tak ada duit untuk beli ubat. Setiap hari anak saya hanya boleh dibantu dengan oksigen.

"Terima kasih ya, encik. Maaf saya mengganggu privasi encik. Saya tahu, saya sudah mengganggu. Saya mencari orang-orang yang boleh membantu seperti Raffi Ahmad, Baim Wong, tapi tak dapat berjumpa," katanya.

Atta pula membalas bahawa setiap bantuan yang diberikannya diatur Allah.

"Kerana di dunia ini, semua bergantung kepada Tuhan. Kalau Tuhan nak bantu anak ibu, Insya-Allah, semuanya selamat. Kita manusia cuma boleh berusaha, semuanya Tuhan yang menentukan. Ini untuk bantu ibu," katanya.

 

 

 

Disiarkan pada: July 27, 2021 @ 1:07pm
d