mutakhir

Lelaki ditahan bantu siasat kes kanak-kanak dirogol

Oleh Mohamed Farid Noh

Johor Bahru: Lelaki ditahan polis Ahad lalu bagi membantu siasatan kes rogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang juga penghuni sebuah rumah kebajikan di sini.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, suspek berusia 40-an itu ditahan di sekitar daerah ini susulan laporan dibuat penjaga rumah kebajikan berkenaan.

"Polis menerima laporan daripada penjaga rumah kebajikan pada Sabtu, jam 3.17 petang mengenai kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang tinggal di situ, dirogol.

"Suspek direman tujuh hari mulai semalam sehingga 1 Ogos ini bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Padzli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Kes masih dalam siasatan polis dan perkembangan berkaitan akan dikongsi dalam masa terdekat," katanya.

Disiarkan pada: July 28, 2021 @ 8:52pm
d