mutakhir

Tindakan diambil jika ada pihak berhimpun esok

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menganjurkan perhimpunan dan berhimpun di ibu kota.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, ketika ini negara masih lagi di dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Saya minta semua pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika pelaksanaan PPN ini.

"Ketika PPN ini tidak ada mana-mana individu boleh berhimpun, semua pihak harus mematuhinya, tindakan akan diambil jika didapati melanggar SOP ditetapkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azmi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan dari mana-mana pihak untuk menganjurkan perhimpunan.

Terdahulu, tular satu poster mengajak orang ramai turun ke jalanan bagi menunjukkan soladiriti rakyat terhadap kerajaan.

Perhimpunan 'Keluar dan #Lawan' itu akan diadakan di Dataran Merdeka esok.

Disiarkan pada: July 30, 2021 @ 6:24pm
d