rap

Fazli Zainal positif Covid-19, perlu bantuan pernafasan

Oleh Syafil Syazwan Jefri

 

Kuala Lumpur: Penyanyi Fazli Zainal yang disahkan positif Covid-19 dikejarkan ke Hospital Ampang selepas tahap oksigen dalam badan menurun kepada 75 peratus, hari ini.

Disebabkan itu, Fazli berkata, dia kini sedang menerima bantuan pernafasan.

"Selepas ujian calitan semalam, hari ini saya dimaklumkan positif Covid-19," jawabnya ringkas menerusi kiriman WhatsApp. 

Berita mengenai situasi yang dialami Fazli dikongsikan penyanyi Sharifah Zarina menerusi hantaran di Facebook.

"Mohon doa kalian buat sahabat, Fazli Zainal. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menyembuhkan," tulisnya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: July 31, 2021 @ 8:33pm
    d