rap

Jiwa nasionalis Ashanty tersentuh

Oleh Agensi

Jakarta: Penyanyi Ashanty menjadi antara selebriti popular Indonesia yang amat bangga dengan kemenangan pasangan Greysia Polii dan Apriyani Rahayu yang menjuarai acara beregu badminton wanita sekali gus menghadiahkan pingat emas pertama Indonesia di Olimpik Tokyo 2020.

  Isteri penyanyi Anang Hermansyah ini mengakui dia sampai mengalirkan air mata melihat prestasi hebat ditunjukkan pasangan atlet itu dalam usaha mengharumkan nama Indonesia di mata dunia.

   "Seronok sampai menangis lihat Indonesia menang.Ternyata jiwa nasionalis kita sangat-sangat luar biasa. Bangga sangat jadi orang Indonesia," tulis Ashanty di Instagram Storiesnya.

   Greysia Polii dan Apriyani Rahayu mengalahkan pasangan dari China, Chen Qingchen dan Jia Yifan 21-19, 21-15 sekali gus meruntuhkan tembok penguasaan China pada acara badminton.

   Ashanty berkata, dia kagum melihat kegembiraan rakyat Indonesia terhadap kemenangan ini.

   "Hebat Indonesiaku," tulis Ashanty.

   Sebelum itu, di Olimpik Tokyo 2020 Indonesia sudah memperolehi satu pingat perak dan tiga gangsa menerusi acara angkat berat dan badminton. 

 

Disiarkan pada: August 3, 2021 @ 10:43am
d