rap

Nubhan sebak ahli keluarga dijangkiti Covid-19

Oleh Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Penyanyi Nubhan kini mengambil tugas menjaga empat anak buahnya selepas kakak dan abang ipar disahkan positif Covid-19.

Nubhan berkata, dia berasa sebak melihat keadaan kakak dan abang iparnya yang terpaksa berjauhan dengan anak-anak mereka buat sementara waktu.

"Hari ini (semalam) kakak dan abang ipar saya disahkan positif Covid-19, namun hasil saringan yang dijalankan terhadap anak-anak mereka adalah negatif.

"Jadi saya akan menjaga mereka sementara ibu bapanya menjalani tempoh kuarantin di rumah. Doakan agar mereka semua selamat.

"Abang ipar saya juga baru saja kehilangan ibu serta adiknya akibat wabak ini. Jadi bertimpa-timpa dugaan yang dihadapi keluarga kami hingga membuatkan saya berada sebak.

"Sama-sama kita doakan semoga famili saya dan kita semua dilindungi" katanya.

Menurut Nubhan, ketika ini bukan sahaja kakak dan abang iparnya disahkan positif, malah terdapat ahli keluarga lain turut dijangkiti wabak berkenaan.

"Jadi sebak bila tengok ahli keluarga dalam keadaan begini. Apabila sudah pulih nanti, saya akan bawa anak buah kembali bertemu ibu bapanya.

"Keluarga saya ada yang menderita kerana Covid-19. Ada yang di pusat kuarantin dan menjalani kuarantin sendiri.

"Ya Allah… bila Covid-19 ini nak berakhir… Sedih bila dengar berita-berita begini," katanya.

Disiarkan pada: August 3, 2021 @ 7:24pm
d