Sukan Lain

Cheptegei ungguli acara 5,000m

Oleh AFP

Tokyo: Joshua Cheptegei menebus kekecewaan pingat perak dalam acara 10,000 meter (m) untuk memenangi emas 5,000m di Sukan Olimpik, sekali gus mengikuti jejak juara dua kali, Mo Farah.

Atlet berusia 24 tahun dari Uganda yang juga pemegang rekod dunia dalam jarak itu melakukan catatan 12 minit 58.15 saat.

Wakil Kanada, Mohammed Ahmed memenangi pingat perak dengan catatan 12:58.61 dan atlet Amerika Syarikat, Paul Chelimo memenangi gangsa dengan 12:59.05.

Disiarkan pada: August 6, 2021 @ 9:15pm
d