mutakhir

Gegaran gempa bumi dirasai sekitar Selangor, Kuala Lumpur

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter dikesan berlaku di utara Sumatera, Indonesia pada 1.19 tengah hari tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gegaran gempa bumi sederhana itu boleh dirasai sekitar Selangor dan Kuala Lumpur namun ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Gempa tersebut berlaku pada kedudukan 18 kilometer (km) tenggara dari Padang Sidempuan, Indonesia dan pada kedalaman 19km.

Disiarkan pada: August 11, 2021 @ 4:25pm
d