Bola Sepak

Tiada sebab Mbappe tinggalkan PSG - Nasser

Oleh AFP

Paris: Pengerusi Paris Saint-Germain, Nasser al-Khelaifi berkata bintang penyerang mereka Kylian Mbappe tidak ada sebab untuk meninggalkan pasukan selepas Lionel Messi menandatangani kontrak dua tahun bersama gergasi Perancis itu.

Mbappe berada dalam tahun akhir kontraknya dan dikaitkan menerusi perpindahan dari PSG dengan Real Madrid berminat mendapatkan khidmat pemain yang memenangi Piala Dunia 2018 itu.

"Kylian adalah sebahagian daripada pemain kelab Paris, dia begitu kompetitif. Dia memaklumkan dia mahu pasukan yang kompetitif," kata Al-Khelaifi.

"Kini tiada lagi lebih kompetitif daripada kami. Dia tidak mempunyai sebab untuk melakukan perkara lain," selain daripada kekal bersama pasukan, tambahnya.

Disiarkan pada: August 11, 2021 @ 8:35pm
d