mutakhir

Gempa bumi sederhana landa Mindanao

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 5.03 pagi hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gegaran itu berlaku pada kedudukan 160 kilometer (km) utara dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 10 km.

Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Disiarkan pada: August 13, 2021 @ 9:02am
d