mutakhir

Ketua Polis Negara menghadap Agong [METROTV]

Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani tiba di Istana Negara, 11.16 pagi hari ini.

Beliau memasuki Istana Negara melalui Pintu 1 dengan menaiki kenderaan rasminya.

Beliau dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istana Negara sekali lagi menjadi tumpuan media susulan kemelut politik negara.

Difahamkan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin juga akan menghadap Al-Sultan Abdullah hari ini berhubung kedudukannya sebagai ketua kerajaan.

Disiarkan pada: August 16, 2021 @ 11:35am
d