mutakhir

"Kabinet saya sudah tempah lebih 87 juta dos vaksin' - Muhyiddin [METROTV]

Oleh Saipul Adli Mohamad; Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan baharu dapat dibentuk dengan segera supaya pentadbiran negara ini tidak terganggu dan dapat berjalan seperti biasa.

Beliau berkata, tempoh dua bulan ke hadapan ini amat penting kerana negara dijangka mencapai imuniti kelompok pada Oktober.

"Segala perancangan sudah digariskan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak boleh terbantut. Sektor ekonomi perlu dibuka semula untuk memastikan ekonomi negara dapat pulih dengan segera dan rakyat dapat menjana pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.

"Justeru, momentum pelaksanaan program vaksinasi tidak boleh terganggu. Rekod kita mencatatkan jumlah vaksinasi harian antara yang tertinggi di dunia mesti dikekalkan.

"Jangan bimbang, Kabinet saya sudah menempah lebih 87 juta dos vaksin untuk penduduk negara ini membabitkan perbelanjaan 4.36 bilion ringgit.

"Jumlah ini adalah lebih daripada mencukupi untuk saudara dan saudari sekalian," katanya ketika Perutusan Khas selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Kelapan, hari ini.

Berita berkaitan:

  • Tidak akan bersekongkol dengan kumpulan kleptokrat
  • Muhyiddin 'caretaker' hingga PM baharu dilantik - Istana Negara
  • Muhyiddin, Jemaah Menteri letak jawatan
  • Disiarkan pada: August 16, 2021 @ 4:09pm
    d