mutakhir

Ismail Sabri tiba di Istana Negara [METROTV]

Oleh Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Istana Negara bersama beberapa Ahli Parlimen dengan menaiki bas sewa khas hari ini.

Beliau sempat melambai kepada petugas media yang berkampung di Pintu 2 Istana Negara.

Sejak 10.30 pagi tadi, sebahagian ahli Parlimen Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiba dengan menaiki bas untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah.

Ia bertujuan mengesahkan surat akuan sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Sesi menghadap diadakan secara berperingkat bermula jam 10 pagi dan dijangka berakhir selepas jam 4 petang.

Disiarkan pada: August 19, 2021 @ 1:28pm
d