spektrum

Ismail Sabri angkat sumpah Perdana Menteri

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Kesembilan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini, 2.20 petang.

Ismail Sabri mengangkat sumpah pada 2.28 petang.

Disiarkan pada: August 21, 2021 @ 11:06pm
d