mutakhir

Tiada kenaikan harga, bekalan makanan utama cukup

Oleh Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Tiada kenaikan harga barangan secara keterlaluan dan barangan keperluan utama mencukupi bagi menampung keperluan rakyat, kata Datuk Rosol Wahid.

Rosol yang dilantik semula sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, mengawal kenaikan harga barangan antara tumpuan utama kementerian bagi mengelak rakyat terbeban susulan pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu berkata, rakyat juga perlu memainkan peranan bagi membantu kerajaan menangani masalah kenaikan harga barangan, terutama barangan keperluan utama.

"Saya juga akan berbincang dengan Menteri (Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) Datuk Alexander Nanta Linggi bagi mencari kaedah memastikan tiada kenaikan harga barangan keperluan utama bukan sahaja dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan baharu, malah secara berterusan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob ketika mengumumkan barisan Kabinet menetapkan setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Disiarkan pada: August 29, 2021 @ 6:05pm
d