mutakhir

Jenazah Tun Sakaran selamat disemadikan [METROTV]

Oleh Yun Mikail

Kota Kinabalu: Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai, 91, selamat dikebumikan pada jam 11.45 pagi tadi.

Jenazah disemadikan di Makam Pahlawan yang terletak dalam perkarangan Masjid Negeri Sabah.

Turut hadir dalam upacara pengebumian Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Tun Sakaran meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Siti Rukaiyah Abdullah dan 12 orang anak.

Terdahulu jenazah tiba di perkarangan Makam Pahlawan pada jam 11.15 pagi dan upacara pengebumian selesai kira-kira 30 minit kemudian.

Tun Sakaran disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.30 pagi tadi akibat jangkitan Covid-19 dan selepas dilaporkan dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak 18 Ogos lalu.

Disiarkan pada: August 30, 2021 @ 12:29pm
d