utama

Kes baharu Covid-19 turun kepada 19,268 [METROTV]

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 turun dengan 19,268 kes hari ini berbanding 20,579 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kes keseluruhan sebanyak 1,725,357 kes.

Menurutnya, Selangor terus menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi dengan 3,567 diikuti Sabah dengan 2,310 kes.

"Sebanyak 672 kes direkodkan di Kuala Lumpur manakala Johor (2,265 kes), Sarawak (2,028 kes), Negeri Sembilan (269 kes) dan Kedah (2,084 kes).

"Pulau Pinang pula mencatatkan 1,780 kes, Kelantan (1,308 kes), Perak (1,144 kes), Melaka (395 kes), Pahang (788 kes) dan Terengganu (544 kes)," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, Labuan pula merekodkan dua kes, Putrajaya (41 kes) dan Perlis (71 kes).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: August 30, 2021 @ 3:40pm
    d